19 September 2012

Korea in Love Final!

Aluuu an nyoung ha seh yo!  hei dah lama dah lah tak mengupdaate cerita Korea teman kat dalam nih . Takper kali nih sebab dah lama tak update teman terus buat siri ke 4-6 terus hehe! dah taknak dah nak buat cita siri2 nih tobat haha. bukan apa sebabnya adoiii malasnya  nak tuliis siri by siri Ha! tuh lah, duk gatai sangat nak buat cerita bersiri. Last2 jari nih keras nak mengupdate cerita . Biasa lah tuh, hangat2 nasi panas akhirnya sejuk! Baiklah pada hari keempat Di Korea teman masih berada di Jeju Island. Pada hari keempat jugak adalah hari conference so pagi2 dah kena siap pakai semak-semak (kata orang kelantan hehehe) maklumlah nak present paper reseach kenalah formal sikit. Pagi tuh cuaca agak berkabus  dan hujan rintik. Rasa sejuk yang amat. Well conference start kul 10 sehingga kul 12 jadi kenalah bertapa 2 jam dalam bilik conference sampai naik kematu telinga sebab dengar macam2 research orang buat. Alhamdulillah Research saya dah Selamat saya bentangkan dan rakan2 lain pun dahsetel  present paper. Selepas selesai conference cuba korang teka apa kami buat? haaaaa pandai pun! apa lagi round the pulau lah kan?  Jadi bermulalah hari kedua kami di Jeju untuk kami memanjangkan lagi langkah di Jeju island nih.  Dari peta kami tengok ada satu tempat pelancongan yang terdekat  dari tempat conference kami tuhh iaitu air
terjun Cheonjiyeon. Cheonjiyeon bermaksud langit yang bersambung dengan daratan. Yang menariknya air terjun ini juga boleh kita kunjungi pada waktu malam sebab pada waktu malam ada lampu di kawasan ini jadi sangat sesuai untuk pasangan bercinta melepaskan cinta masing2 cewah! disini hehe. Tempat ini sungguh menarik sebab memang cantikkk sangat!. Tempat ni tak leh mandi sebab tak nampak sorang manusia pun mandi kat air terjun nih hehe. Kemudian kami menuju pula ke satu tempat yang menarik iaitu Oedolgae yang masih terletak di Seogwipo.

Ia merupakan batu yang terbentuk dari gunung berapi dan ia seakan terpacak tegak di tepi laut  Sammaebong   setinggi 20 meter. Menariknya tentang batu ini ketika semasa perang dahulu bila ketua perang menyuruh Askar-askar korea menghias batu ini menyerupai seorang askar, jadi batu besar ini telah menyerupai askar gergasi yang telah menakutkan tentera mongolia.  Untuk melihat batu  Oedolgae  ini kita perlu merentas hutan  dalam 300meter dan apabila sampai di tepi tebing kita boleh nampak keindahan batu ini.     Permandangan di tempat ini uga pernah dijadikan lokasi penggambaran drama korea yang popular iaitu 'Daejangguem'. Pernah ker korang tengok drama nih? popular sangat ker? entah... saya pun tak pernah tengok sebenarnya cita nih hehe. Selepas habis sesi bergambar di sini, kami terus cabut menuju ker gelas muzium pula. Ianya terletak di  4303 Sangye-dongSeogwipoJeju-do 697-301South Korea.
tiket masuk adalah berharga 9000won utk dewasa, 8000won untuk remaja dan 7000 untuk kanak kanak. Waktu operasi adalah dari jam 9pg-7ptg. Memang terpukau bila masuk kat muzium glass nih.



Sebab semua material dalam taman dibuat daripada kaca. So macam2lah ada kat dalam tuh dan yang penting semuanya gelas.   Memang menarik dan kita akan terpesona dengan keindahan didalam muzium ini. Kalau tak caya korang wusha gambar yang saya share kat dalam nih ok! Selepas masuk muzium kaca kami menyinggah pulak ke ladang penanaman teh O'Sulloc. Just posing2 jer kat sini sebab yang menariknya ladang teh nih terletak di tanah yang datar! tak macam kat Cameron Highland dan Sabah yang pokok tehnya kat bukit bukau kan? tapi kat sini flatt jer.

ladang penanaman teh O'Sulloc

Habis aja dari situ kami pun menuju balik. Kami sempat menyinggah makan di sebuah restoran seafood  di  Seogwipo ni. Selepas tuh kami balikkk ZZZZ sebab kepenatan.


Esoknya nya kami berangkat balik ke Seoul. Ia melengkapkan hari ke-4 kami di Korea dan hari ketiga di Pulau Jeju. Oleh kerana flight kami akan berlepas pada jam 11 pagi maka kami ambik kesempatan mencari-cari tempat pelancongan yang paling sesuai untuk kami pergi. KOT2 ada tempat menarik d tengah-tengah perjalanankan? welll sebab flight pun lama lagikan? so buat apa nak tercongok lama2 kat airport? baik cari tempat menarik untuk dikunjungi, cewah! dah namanya Cuti-cuti diJeju Koreakan? rugilah kalau tak full swing masa yang terhad kat Jeju Island nih?Cek punya cek ada tempat menarik yang boleh kami singgah iaitu 'Mysterious road'! wow! pelik dan menarik nama tempat nih? Sambil berlawak saya cakap kat member 'Entah2 ada hantu JoON kot kat sana!' hehe tapi sebenarnya saya salah. Mmysterious road/jalan misteri ini ada cerita dia tersendiri. Orang tempatan memanggilnya 'Jalan berhantu'. Ha korang nak tau apa yang mysterious nya sangat jalan nih tak? Jalan ini sebenarnya pelik.
misterilah sangat! hehe
Jika secara logik jika kita meletak objeK atas jalan yang berbukit ia sepatutnya  BERGULING kebelakang kan? tetapi ini terbalik, objek tuh berguling mendaki ke atas tau~! contohnya bila kita letak tin coca cola. Ia akan berguling mendaki jalan yang berbukit tuh tetapi tidak mengundur ke belakang turun dari jalan yang berbukit tu! Pelik2.  Ish susah lah nak terang, korang sendiri tengoklah video nih senang! http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&v=trErzkq20xs&NR=1.
Selesai tuh kami pun pi airport dan terbang ke seoul, Sampai2 jer kat airport kami terus simpan barang kat guesthouse then pi jalan2 lagi@! Yeayyy!!! Kali nih destinasi kami adalah shoppinggg! hahaha mari2 kita menghabiskan duit! Shopping di seoul nih memang giler ar! rambang mata di buat nya, paling best beli baju dan kerongsang. Aku pun giler duk mengshopping sama nih.  Ok, banyak jugak tempat shopping yang menarik di Seoul antaranya Itaewon.

shopping time

Kalau T shirt  yang ada tulis ayat Love Korea tuh lebih baik beli kat Itaewon sebab harga tshirt  Tulisan Love Korea  tuh lebih murah lagi kat Itaewon. Boleh dapat 5000 won jer. kalau suka kerongsang pergilah ke Namdaemun Market.Yang bagusnya, anda boleh custom made kerongsang anda hehe. Kalau lain2, macam beg ker, t shirt ker apa ker boleh pergi ker Namdaemun Market dan  Myeongdong Shopping Street. Memang gilerlah shopping kat sini. Tinggal kena ada duit jer. Baru cun! 
Tempat ini banyak pak Arab tinggal ada jugak banyak pak arab yang berniaga kat sini so senanglah nak carik makanan Halal kat sini ok. Ada satu Masjid kat Korea ini iaitu masjid Seoul. Kemudian kami pergi shopping di  Namdaemun Market dan  Myeongdong Shopping Street. Dia nih macam Petaling Street lah coz jual barang2 souvenior.
Baiklah hari ke 4 di Seoul kami habiskan shopping sampai malam yer! Kemudian esoknya Kami plan nak pi Nami Island atau orang tempatan panggil Namiseom . Memandangkan nak ke Nami Island agak mengambil masa jadi kami untukkan satu hari untuk ke sana. Mesti Korang tau cita Winter Sonata kan? Haaa... diorang buat shooting drama tuh kat Nami Islandlah. Jadi esoknya pada Hari ke-5 kami ke Nami Island menaiki train subway.
Untuk sampai ke Nami Island perlu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jadi kami sampai tghari kat sana. Nasihat saya Gunakan peta untuk sampai ke sana. Alah Guna keretapi subway dia jer . Anda perlu menaiki tren menuju ke stesen tren Gapyeong. Dari gapyeong station tuh ambik teksi atau bas. Harga teksi dalam 4000won. Kemudian anda perlu manaiki feri ke Nami Island. Tiket nak masuk ke Nami Island adalah 8000won termasuk harga tiket feri. Ke pulau itu mengambil masa dalam 20 minit sahaja. Bila sampai jer kat pulau nih  saya ingatkan pulau nih besar tetapi alahhh ciputt jer. Cuma disana dia dah bangunkan tempat nih menjadi tempat pelancongan sebaik selepas cerita winter sonata ditayangkan. Maka banyak lah pengunjungnya. Selain dari family, ada banyak couple2 pi sana gak. Banyaklah set-set bekas lokasi penggambaran cerita tuh kat sana. Yang paling menarik adalah bergambar di celah2 pokok ala2 winter sonata. Memang best. Tapi silapnya kami pi musim Panas so takdelah nampak sangat effect winter sonata tuh! hehe tapi takperlah janji aku dah sampai sambil berangan jadi Bae Yong Jun- hero cita tuh, Cewahh!


aku layan jugak tau cita tuh masa tengah boom dulu ok! Memang layan. Pulau nih memang superb. Korang kena pi sini, memang cantik! Kami menghabiskan sampai petang kat sana so  on the way balik umah  kami singgah semula di Itawoen sebab nak pi dinner sana. Kali nih kami layan makanan korea yang halal kat sini. Maka habislah siri jelajah kami yang kelima kat bumi Seoul. Esoknya adalah hari untuk meninggalkan Korea. Warghhhh cepatnya dah 6 hari. Tapi serius memang tak cukup 6 hari kat sini sebab banyak lagi tempat menarik yang tak sempat nak pergi tetapi apakan daya bumi Malaysia tetap menjadi pilihan. Esoknya kami berangkat pulang denganbanyak pengalaman yang kami kutip di Korea. Mereka adalah bangsa yang maju dari semua segi. Kita perlu mencontohi dari segi pencapaian mereka. Kita juga perlu belajar bagaimana sikap mereka yang sopan, menghormati orang lain dan suka menolong. Saya yakin kita boleh sampai ke tahap seperti mereka  InsyaAllah. Sekian sahajalah pengembaraan siri Korea In love Saya harap anda enjoy membaca pengalaman saya berada di bumi Korea ini. tata!