Pages

06 Ogos 2012

Korea in love Part 3

Di hadapan Jeju KAL Hotel
Hei masa cuti2 nih lah ada idea nak menyambung balik Cita Korea Ala versi Azli Razali nih ha. Bukan senang rupernya nak menulis yer. Perlukan kerajinan tahap maksimum! ahak. Oklah kali nih tibalah untuk post episod katernya yang ke-3. Hari ketiga bersamaan 29 june 2012 kami masih berada di bumi Jeju Korea nih! Pada surat yang kami dapat kami perlu mendaftar conference kami pada hari ini! Tingggg! semacam ada loceng yg bermain-main kat dalam kepala otak aku nih! "apa?!" "register jer?" "bukan  kejap aja ker register tuh?" register3x pastuh habislah. Jeng jeng jeng!Ting tong! apa lagi inilah kesempatan aku nak merayap kat jeju island nih. Therefore (orang putih sikit) walaupun kat korea hahaha. Seawal jam 8.30pagi kami orang dah cabut buntut bertolak ke KAL hotel. Jadi sebelum bertolak tuh driver dah siap2lah letak fon number hotel tuh kat GPS. Mujur ada GPS, senang hidup kiter! so kat dalam GPS tuh tulis masa yang kami perlukan untuk sampai ker destinasi adalah mengambil masa selama 55 minit!
Dah alang2 sesat posing maut lah kat hotel sesat nih!

Fuhh jauh jugak, tapi takper lah bukan aku yang memandu wakakaka! nasib ada teman yang memandu ceh! Bila sampai sampai jer kami pun duk mencarik kot2 ada information banner ker ada diletakkan kat situ, nampak cam takde! takper kami pun tanyalah kat information center katanya conference kat tingkat 2. Jenuh naik terus, kami pun tanya kat tukang register tuh, inikah JC4E nya conference?. Bukan pulak! Aduhhh salah tempat nih. Check punya check kami dah salah hotel! warghhh!!!kepala hotak berjambul betul! buang masa kitorang jer! Kami pakat pi tanya betul2 kat Reception counter. Betul ker kami dah sesat so kami perlu kembali ke jalan yang benar! cewah!Memang betul salah! Ruper2nya ada satu lagi KAL hotel! lebih kurang 15 minit jer dr tempat kami tinggal tuuh. MasyaAllah ada dua KAL hotel kat Jeju nih rupernya? satu: Jeju KAL hotel kat bandar Jeju satu lagi  Seogwipo KAL Hotel yang kat tempat kami tinggal tuh. Ish dekat giler jer yang gigih pi jauh2 pesal? Sabau jer tapi yang penting aku ambik gambar kat hotel nih tanda2 kenangan dah sesat hehe!  Oleh kerana dah taknak buang masa lagi sebab kami pun 2 hari jer pun kat Jeju nih, apa lagi kepala otak nih Ting ting lagi sekali lah. Kami decide nak round Jeju.

Ayam tandoori lah kiter layan!
Welcome tuh Baghdad! eh silap!
Esok ajalah register n present terus! apa lagi? Jom jalan2! hahaha. Kami pun decide nak makan dululah sebab bila cek2 ada makanan halal di bandar jeju nih, kami tertarik dengan Bagdad Cafe nih jadi kami pun pi lah makan. Owner kedai nih orang korea tapi dia dapat supply daging halal. Price dia mahal sikit dari makanan tak halal lah sebab special sikit.Tapi jangan terkejut nama jer Bagdad Cafe! ingat kan serve makanan arab tapi serve makanan india! takperlah belasah jer sebab perut pun dah buat konsert K pop rock kapak dah! ahaha. Anda kena cuba makanan kat sini sebab memang sedap superliciuos makanan kat sini tau! Habis makan kami pun caloh beteh!

Sayur Masak taste India
Kambing lagik!
Lepas kenyang kami pun pi lah ke lokasi pelancongan seterusnya iaitu Jeju Folk Muzium. Aduhh apa lah yg special kat sini?  dalam hati cakap 'kenapalah kengkawan aku suka sangat nak pi kat muzium orang tua nih" "persediaan hari tua nanti ker>?" wakakaka

Ini lah profesor yg fund muzium jeju Folk nih!
Tapi yang menariknya muzium nih adalah muzium nih diuruskan sendiri oleh seorang orang tua. Muzium ini menyimpan semua koleksi orang2 lama gitu seperti artifak lama, alat pertanian, perikanan dan sebagainya, termasuk koleksi2 peribadinnya dan yang paling surprise sekali dia guna dana dia sendiri ok! Dia nih seorang profesor tau! hebat2. Masuk tetap kena bayar 1000 won seorang! oklah, nasib murah hehe.
Selepas tuh kami bergegas pulak ke destinasi seterusnya. Kami pi pulak ker Manjanggul Lava tube tunnel atau terowong lava gunung berapi.Tempat nih terletak di Jeju Special Self-Governing Province Jeju-si Gujwa-eup Gimnyeong-riIa. Lava Tube Tunnel nih merupakan terowong lava yang panjangnya adalah 7.4 km ok.Suhu dalam akan maitain pada musim summer dengan suhu 13 darjah C! sejukkan?


Tengok dinding lava tube nih!

Dalam lava tube tunnel sejuk weii!

Rupa dalam dia diperlihatkan! cantik!

Inilah dia lava collumn tuh!
Masa kami pi tuh hujan plak, lagilah sejuk rasanya macam dalam peti sejuk sampai camera saya jam tak leh nak ambik gambar! sejuknya punya pasal. Bila masuk tuh kita boleh tgk keindahan kejadian Allah. Dengan rupa dindingnya yang pelbagai corak yang cantik. Sungguh terpesona melihatnya ok!  penat jugaklah berjalan sampai ke penhabisan tube nih. Kami sanggup meredah kesejukan dan kegelapan sebab nak sampai kat hujung tuh punya pasal. Akhirnya sampai jugak kat hujungnya. Kat hujung tuh kita leh nampak terjadinya lava kolumn. Rupernya dekat hujung tube nih ada  semacam monumen tegak. Ia dikenali sebagai lava collumn! Dikatakan terjadi apabila lava jatuh dari ceiling dan mengeras membentuk kaki yang menyokong structure tirus yang dinamakan lava collumn tuh. Cam tuh lah lebih kurang ceritanya tuan2 dan puan2, tapi apa yang aku nampak structure dia tuh menegak ke atas, maklum lah bab2 geologi nih fail sikit hehe. Jadi aku ceritalah apa yang aku nampak hehe. Berlakunya lava collumn ini adalah perkara biasa yang berlaku dalam saluran Lava tube nih tapi lava collumn kat Manjanggul lave tube nih adalah yg  terbesar di dunia dengan mencapai ketinggian setinggi 7.6meter. Selepas bersejuk dan berbasah kat sini, kami ambik peluang utk shopping apa yang patut, macam biasalah. Beli lah keychain, magnet peti sejuk dan coklat sebab coklat nih tgk ada tanda halal plak dan yang paling uniqe teman rasa adalah inti coklat dia dibuat daripada jeju cactus, tuh yang terpedaya nak beli tuh. Selepas pergi masuk ke dalam youtube eh silap bukan you tube tapi lava tube kami pergi menuju ke kawah gunung berapi pulak.
Di arah hadapan pintu masuk Seongsan Ilchulbong Peak.
Sorry kabus tebal tak nampak peak kawah dia!

Nama tempatnya dikenali sebagai Seongsan Ilchulbong Peak. Kawah ni terbentuk di tengah lautan semasa terletusnya letupan gunung berapi dan membentuk kawah setinggi 182meter dan lebarnya lebih kurang 600 meter. Tepi kawah ini ada sambungan dengan tanah datar dan sambungan ini lah akan membawa kita untuk melihat kawah itu bila sampai di puncaknya. Oleh karana cuaca semasa kita disana tidak mengizinkan sebab hujan masa kami sampai jadi kami takde lah mendaki melihat kawah tuh. Tgk kat luar jadilah.  tapi dari gambarnya tgk macam cantikjer kawah tuh, cuba klik nih tgk. Kami ambik gambar pun tak nampak belakang sebab kabus tebal sangat!! Bayaran masuk untuk ke kawah nih dikenakan 2000won!

Kemudian destinasi seterusnya adalah ke Art Trick Muzium. Muzium nih terletak kat Jeju Special Self-Governing Provice Seogwipo-si Pyoseon-myeon Seongeup-ri 2381. Warhhh! muziumm lagik! Ish jangannnn! muzium nih special ok! sebab bila masuk jer dalam muzium nih aku jadi jakun jap. Pasal apa?. Kita boleh bergabung dengan lukisan! bergabung dengan lukisan?

hei jangan curik oren aku GEMUK! ehhe
tak pahamkan? cuber ceciter banyak sikit apa yang dimaksudkan dengan bergabung dengan lukisan tuh boleh? eh apa plak tak boleh nya. Ok cam nih. Dalam muzium nih semua nya ada lukisan. Lukisan2 yang ada kat dalam nih semuanya istimewa sebab apa? sebab bila kita berada pada posisi dan lokasi yang betul pada gambar tuh and bila gambar kita disnap kita akan macam bersama2 dengan lukisan tuh umpamanya jika kita dekat dengan mulut singa bila snapjer, kepala kita macam kena makan dengan singa. Ish, taknak cita lebih lah nanti buat korang lagi pending jer. Apa kata korang tgk sendiri gambar saya yang dah saya snap ngan lukisan tuh sendiri! camana style tak muzium nih?
Hei nak tolong tarik gak lah!
Alah berami try lah ngap aku!
gambar2 dia pun sempoikan?  Kami terpaksa ambik gambar dalam nih secara express! bukan apa... sebab kami sampai pun dah lambat, lagi satu jam nak tutup dah. Masa operasi dia adalah dari 9 pagi sampai jam 7 petang, kami sampai pun dah jam 6ptg so kena lah ambik gambar cepat2. Adalah beberapa gambar tuh nampak macam tak real sebab posisinya tak betul. Ada yang kepak dia tersenget lah pegang tak kenalah , macam2lah lagi, so belasah jer lah jijah oi janji aku masuk muzium nih kan?

Give me FIVE baby!

Masuk kena bayar u oll 8000 Won! fuhhh sambil bayar sambil urut poket, bilalahhh nak kempis nih poket aku hahaha. Semua nak masuk kena bayar! sekali lagi belasah jer lah jijah oi! yang penting I love Jeju kan! haha. O....k bila dah kul 7, kira habislah perjalanan kami ke pulau jeju untuk hari pertama dalam siri Korea In love 3 ini. Jadi kami pulang dengan kepenatan! sampai umah seperti biasa siapkan juadah dinnerr then zzzzzz sebab besok nak pi present paper sambil menyelam air hikhikhik. Nak tau tempat menarik yang kami pergi untuk hari kedua di jeju Island? ish sabar nah, tunggu siri ke-4 lah nanti! tapi tip pelancongan kali nih saya nak kongsi adalah pertama maksure key in alamat dan no fon destinasi yang betul kat GPS lau tidak salah tempat lah korangg pi nanti, Yang kedua make sure tempat yang nak kita pergi tuh selari dan pergilah tempat yg dekat satu sama lain supaya dapat jimatkan masa. Janganlah decide tempat untuk kita pergi tuh berselerak ok! akhir kata tunggu siri Korea in love 4 ok!