Pages

09 Jun 2012

Sandwich gulung Tortilla Ayam

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada yang menyinggah blog saya nih? Terima kasih lah sebab sudi menyekodeng hehe... Apa perancangan musim cuti-cuti sekolah nih. Mesti banyak perancangannya bukan. Yang pastinya musim cuti nih mesti ramai yang membawa anak2 ke majlis perkahwinan kawan2 atau sedara mara, maklumlah inilah musim nya gitu hehe. Ish saya takdelah nak share menu untuk orang kahwin, tapi kali ini chek nak kongsikan menu yang sesuai untuk budak2 memasak di rumah. Yelah cuba kita terapkan minat memasak ni dikalangan adik2 yang masih bersekolah. Daripada diorang melepak kosong kat rumah atau merayau ke rumah kawan2 tak tentu hala buat benda yang tak berfaedah ( kalau diorang buat benda yang berfaedah takper biarkan!) jadi kali nih saya nak berkongsi menu yang telah saya tunjukkan dalam segmen Berita Adik bersama adik Afiq yang comel dan peramah nih! Disini saya nak mengucapkan terima kasihlah kepada krew penerbitan Berita Adik TV9 kerana sudi bertandang ke rumah saya untuk mengeshoot segmen masak-masak nih. Masak kat laman lagi u olll ! ala2 santai. Walaupun saya cakap menu nih adalah untuk dibuat oleh adik2, tapi sebenarnya kakak2, abang2, makcik2 dan pakcik2 pun boleh buat menu nih tau!. Kalau tok wan nak buat pun takde masalah lah! hehe Mudahjer nak buat!. Kalau malas nak panggang ayam tuh, u oll beli jer kat pasar raya! ada jer ayam panggang yang dah siap dijual kat sana. Kalau nak jimat lagi, pegi lepas kul 9.30 malam sebab ada less 30-50%, pas tuh simpan jer dalam peti sejuk. Bila nak pakai ambik jer.

01 Jun 2012

Celuq-celuq

Ha.. post kali nih saya akan kongsikan resipi celur2 seperti apa yang telah saya janjikan sebelum nih . Mak saya kata janji kena kotakan? kalau tak kotakan janji dia suwuh pi kota Bharu! atau Kotaraya! hehe jadi saya shesharekan lah resipi nih kepada semua pembaca! Sebelum ni saya dah cita panjang2 dahhh pasal makanan nih tau! kalau nak baca apa yang saya merapukan sebelum nih klik ajalah kat sini . Kat situ korang leh tau cita pasal celur2 nih kenapa dia panggil celur2 dengan nama celur2 dan sebagainya! Ada tip2 lagi ok! alah tak yah cita panjang2 lah perut pun dah lapar nih apa kata kita layan celur2 yang dah saya composekan di Utusan Hari ini!  Di sini saya kongsikan juga gambar saya menikmati celur2 nh dengan tokeh kedai dia! Terima kasih juga kepada Chef Ady kerana bermurah hati berkongsi resipi sos celuq2 nih! Adios!


CELUR-CELUR (Celuq-celuq) 
Bahan-bahan
2 dozen celur-celur
 ( Pilihan makanan terproses untuk dicucuk adalah mengikut kesukaanmasing-masing)
Bahan sos  Hitam manis
10 sudu makan kicap karamel pekat
5 sudu makan petis udang
100gm gula merah
2 sudu makan cuka putih
2 sudu makan kacang tumbuk
1 sudu makan biji bijan
Secukup rasa garam