02 Oktober 2011

Penne udang dan tuna

Chek nih bukan lah jenis yang selalu masak kat umah pun sebab kat tempat keje tuh dah kojer nya ngajor masak so segala-galanya dilakukan di tempat koje. Entah apa kebulur yang datang hari nih teman pun duk belek-belek stok makanan kat dapur dan peti ais. Bila duk kelebek-kelebek adalah barang lebih buat foto shoot untuk majalah jelita semalam. Jadi apalagi berperanglah membuat operasi memasak pasta done2 tuh jugak, jadi hari ini saya kongsikan resipi pasta yang ringkas dan cepat maklumlah perut dah tak tahan tadi nak melantak jadi tak leh lengah. Jom masak Penne Udang dan tuna!


Bahan-bahan
150gm penne(sejenis pasta)-rebus sehingga kembang
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili kering-hiris nipis
8 ekor udang harimau
3 sudu makan tuna dalam tin
1 biji cili merah-hiris
½ biji capsicum merah-potong kecil
3 helai sawi- potong kecil
¼ lobak merah-hiris halus
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
½ biji tomato saiz kecil-potong baji
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan keju parmesan
Sedikit Serbuk cukup Rasa Maggi
Sedikit air (lebihkan jika terlalu kering)

Cara membuat
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering sehingga naik bau.
Masukkan udang dan kacau sehingga udang masak.
Masukkan sos tiram, sos tomato, tuna, penne dan air. Kacau sebentar.
Perlahankan api dan masukkan semua sayur sayuran dan kacau.
Taburkan keju sebelum makan.