Pages

31 Januari 2011

Waldoft salad dengan ayam bbq

SALAM dan Selamat hari Isnin korang! Mesti ada yang dah cutikan? maklum lah budak sekolah pun ada yang dah cuti. Orang bekerja pulak ambik kesempatan bercuti sekali hingga sampai tahun Baru Cina kan? senang. Apa nak kisah cuti pun banyak lagi betul tak? Apa menu untuk hari ini?. Sudah fikir2 nak masak apa. Kali ini cuba buat menu santai. waldoft salad dengan ayam bbq. Saja jer buat dua menu dalam satu. Nampak kelainan sikit. Menu ini saya kategorikan sebagai snek appetizer. Snek tuh pasal ada ayam bbq goreng dan appetizer tuh mengandungi starter daripada salad.  Tap ikalau rasa malas nak buat dua2 tuh, u all buatlah salah satu. Yang mana satu idaman kalbu! bak kata lirik P Ramlee. Ok happy mencuba!

29 Januari 2011

Yellow River Bun

Roti Yellow river nih warna dia kuning dan bentuknya umpama air yang mengalir di sungai membuatkan nama dia dipanggil yellow river. Pada siapa yang pernah buat tocang rambut memang senang nak buat roti nih pasal kalau nak buat bentuk roti nih anda perlu tocang roti nih seperti menocang rambut. Roti ini dikategorikan dalam kumpulan roti manis (sweet bun).

28 Januari 2011

Sup Lobak Merah Berkrim

Salam kepada semua bloggers dan pengunjung. Saya harap anda semua dalam kesejahteraan. Dari Dapur Azli Razali kali ini akan menceritakaan tentang sup so apa kata bacalah artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut ok. Selamat membaca!

Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar:Utusan Malaysia
Tarikh: 28 Januari 2011
resipi: Klik di sini

---------------------------------------------------

BANYAK kategori sup terdapat di dunia ini. Jika di Malaysia kita mempunyai sup-sup yang sungguh popular seperti sup ekor dan gear box yang boleh dihirup begitu sahaja atau menikmatinya dengan nasi atau roti pound.
Saya sendiri suka menghirup sup-sup yang panas serta berempah kerana ia boleh melegakan badan selepas menikmatinya. Mungkin anda sudah biasa membuat sup dengan mengunakan produk segera yang dibeli di pasaran.

Sup Lobak Merah Bekrim

Slurppp! ha tuh bunyik  bila kita sedang  menghirup sup yang panas hehe. Baiklah anda suka hirup sup? why not u all cuba sup berkrim yang dibuat sendiri. Senang jer buat sup berkrim kalau nak buat sayur2 yang lain pun boleh ganti jer dengan carrot nih. U all boleh gantikan dengan cailiflower, brokoli, jagung dan macam2 lagi. Guna aja asas sup krim nih ya. Pastuh beli roti Perancis, bakar dan sapu dengan mentega bawang putih. Aduhh mashukkknya tidak terkira! resipi adalah dari artikel saya yang keluar di Utusan  Malaysia dan jika u all nak baca artikel dan tgk gambar sup nih klik lah kat sini. Apa lagi jom kita menghirup sup!Selamat menghirup!

27 Januari 2011

Kek peach dengan cokies bersos


Kek peach dengan cokies bersos
SAYA memang suka menggunakan resipi kek mentega kerana saya boleh pelbagaikan rasa dalam keknya. Sebab jika anda tambahkan bahan lain dia dah jadi kek yang berlainan rasa. Samalah macam kek peach ini. Saya menggunakan asas kek mentega tapi saya berikan kelainan dengan menambahkan buah peach, dimakan pula bersama sos peach dan cookies. Anda boleh menggunakan sebarang jenis acuan tapi kali ini ini saya menggunakan acuan pai. Jadi kek ini nampaklah comel2 sikit dan yang paling penting dia cepat masak, so bolehlah cepat2 belasah kek ni kasi perabih hehe. Jadi kalau u all nak cepat2 perabih dan belasah kek ini apa lagi? cepat2 lah buat. Selamat mencuba!
Kek peach sebelum diterbalikkan
Bahan-bahan
Kek
250gm mentega
250gm gula
5 biji telur
250gm tepung halus/ tepung kek (superfine)
1 sudu teh serbuk penaik(baking powder)
4 ketul buah peach dalam tin-hiris


26 Januari 2011

Telur Hancur dengan Terung

MENCARI menu yang paling simple dan cepat?. Ha ini saya ada resipi yang mudah lagi cepat. Mungkin sudah biasa makan telur hancur bukan? tapi kali ini saya campurkan telur hancur nih dengan terung, daun bawang dan sedikit cili padi. Memang sedap!. Kalau telur nih buat sandwich pun sodap gak.  Kalau makan dengan nasi putih panas2 dengan kicap dan ikan masin biasa atau ikan masin pekasam oun layan. Fuhh! confirm lupa diri sekejap! hehee, so jom goreng telur!

23 Januari 2011

Kek marble blueberi

SUDAH selalu makan  kek marble yang ada coklat tuh?Apakata kali ini saya cadangkan  anda cuba pula buat kek marble blue beri ini. Sebenarnya saya menggunakan asas resipi kek butter dan menggantikan koko dalam marble kek biasa tuh dengan blueberi. Jadi takdelah jemu ashik2 dengan kek marble yang biasa jerkan. Anda hanya kuap2kan adunan yang dicampur  untuk mendapatkan corak marble, senang jer. Blue beri mudah dibeli di kedai2 pastri dan ada sesetengah pasaraya yang menjualnya. Apalagi! cubalah resipi ini. Kalau best bagi tau kawan2 jiran2 belakang, depan dan tepi  dan sedara mara tau hahah. Selamat mencuba!

22 Januari 2011

Sandwich jem nangka

Asalamualikum dan selamat sejahtera! ha pengunjung2 yang menyekodeng blog hamba nih,  Jika sebelum ini saya ada kongsikan dengan anda semua bagaimana hendak membuat jem nangka tapi apakata kali ini  saya tunjukkan hasil  jem nangka yang dimakan bersama roti. Saya ada habaq kat hangpa semua yang jem nangka boleh dipelbagaikan dan dijadikan makanan2 yang lain. Menu kali ini memanglah tersangat mudah nak buat, tak susah pun. So apa lagi?jom lah menerai sandwich jem nangka nih. Kalau takde jem nangka, u all buat jem nih dulu pastuh tghri2 sikit or petang2 karang u all sapu kat roti dan ngap.  Kalau makan dengan kopi atau teh tarik yang panas2 lagi layan bebbb.  Selamat mencuba!

21 Januari 2011

Teknik masak pasta

Salam kepada bloggers dan pembaca! hai dah beberapa hari tak update post dalam blog saya  ini jadi kali ini saya nak kongsikan dengan anda artikel saya yang keluar dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali di sisipan MODE Utusan Malaysia hari ini ya. Apa kata ketahui beberapa info dan teknik tentang pasta. Selamat membaca!






Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar Utusan Malaysia
Tarikh: 21 Januari 2011

ANDA gemar menikmati pasta? Pasta sebenarnya diperbuat daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum.
Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning. Adunan untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air.Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu digunakan segera.

18 Januari 2011

Alcan Cookies

NAMA cookies ini adalah gabungan di antara perkataan ground almond dan kacang pecan menjadi Alcan, Almond+pecan=Alcan. Saja gedik nak bagi nama Alcan, pasal nama nih  cam komersial. Komersial tak? ngeh ngeh ngeh. Cookie ini tidak memerlukan penerap kerana anda hanya perlu membentuknya menggunakan tangan. Amat mudah. Cookies ini  bagi saya istimewa kerana menggunakan  tepung berprotein tinggi atau tepung roti, tidak menggunakan serbuk penaik dan telur. Anda boleh menggunakan tepung gandum biasa yang jenama cap sauh tuh jika tidak ada tepung roti. Membuat cookies bukan hanya sesuai dibuat pada musim perayaan sahaja tetapi anda boleh membuat cookies ini pada bila-bila masa. Ia perlu simpan dalam bekas kedap udara dan sesuai dinikmati pada waktu pagi tengahari petang dan malam hehe.

17 Januari 2011

Cendawan Masak Lemak Cili Api

SEBELUM ini saya ada kongsikan cerita tentang cendawan dan berkongsi resipi bruschita cendawan. Kali ini saya nak kongsikan resipi cendawan masak lemak cili api plak. Saya suka sangat masakan ini sebab cendawan tiram merupakan favourite saya. Rasanya yang seakan-akan rasa daging ayam tuhla yang membuat makanan nih sedap hehe. Masakan ini kalau guna santan fresh lagi sedap.  Tip masak yang menggunakan santan nih biasalah,  kena selalu dikacau dan masak atas api sederhana sebelum mendidih tuh kalau tak  pecah minyak pulak nanti.Ok apa  lagi perah kelapa jom kita buat. kalau malas nak perah kelapa, perah dari kotak jer, senang!

14 Januari 2011

Kek keju tanpa Bakar

Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar: Utusan Malaysia
Tarikh:14 Januari 2011
Resepi: klik disini

RAMAI menggemari keenakan kek keju. Namun tidak semua tahu cara terbaik menyediakannya. Terdapat dua jenis kek keju yang boleh disediakan iaitu kek keju dingin dan kek keju bakar.

Tiga minggu lepas saya ada berkongsi resipi kek keju bakar dengan para pembaca. Pada minggu ini saya kongsikan pula bagaimana untuk menyediakan resipi kek keju tanpa dibakar.
Kek keju dingin menggunakan keju krim (cream cheese) sebagai bahan utama. Ia merupakan sejenis kek yang tidak memerlukan ketuhar untuk membakarnya. Anda hanya memerlukan peti sejuk untuk mengeraskan kek ini.

Kek keju Dingin Pic

Bahan-bahan
Lapisan biskut
1 ½ cawan (210gm) biskut marie }kisar halus
1/2 cawan (100gm) mentega }dicairkan
1 sudu (15gm) makan gula kaster

13 Januari 2011

Ayam kicap dengan acar buah

MASAK kicap sebenarnya boleh dipelbagaikan. Kali ini saya campurkan acar buah. Kalau tak suka rasa manis boleh gantikan dengan acar limau yang sedikit masam. Saya tak mencampurkan acar buah ini dengan banyak  kerana taknak masak kicap ini terlalu manis.

Jika anda biasa campurkan dengan kentang kali ini cubalah dengan acar pula. Gunakan kicap masin supaya masak kicap anda lebih balance rasanya bila anda campurka  n dengan acar nanti. kalau nak guna kicap pekat pun boleh tapi tambahkan dengan air. 

12 Januari 2011

Green Goddess

Dressing ini sesuai dimakan dengan makanan laut kerana mengunakan mayonaise sebagai bahan utama. Sangat mudah untuk membuatnya dengan hanya mencampurkan semua bahan sekali dan dikacau.

Bahan-bahan
1 1/2 cawan (375gm)  mayonaise
3 ekor anchovies dalam tin-cincang halus
4 sudu makan (60gm) parsley-cincang  halus
1/2 cawan (125gm) krim masam
1 ulas lada putih-cincang halus

Cara membuat
  1. Campur semua bahan sehingga sebati.
  2. Sedia untuk dihidangkan.

Dori dengan lime dan halia

DORI adalah sejenis ikan. Masakan ini adalah makanan ala western yang dimakan bersama sos halia dan lime (limau nipis). Sosnya yang sedikit masam sangat sesuai dimakan bersama ikan. Ia dapat mengurangkan rasa hanyir ikan. Pasta pula adalah sumber karbohidrat untuk hidangan ini. Anda boleh gunakan sebarang jenis pasta. Dalam gambarini saya menggunakan pasta jenis tagliatelle. Sayur pula gunalah sayur mengikut kesukaan anda ok. So apa lagi ambik fork and knife dan makan lah style mat saleh!   Tapi kena masak lah dulu  baru leh makan! hikhik 

Salad ketam dengan green Goddess

SALAD ini adalah salad yang menggunakan ketam. Saya dapat resipi ini daripada buku Reader's Digest Complete Guide to Cookery tau. Sebenarnya resipi asalnya menggunakan lobster, tapi mana plak nak cekau lobsterkan? Kalau adapun,  harganya teramatlah mahal. Boleh kecut dompet kalau membelinya hehe. Jika anda tidak dapat membeli crab claws tuh, anda guna jer lah crab stick dan isi ketam sahaja.  Kalau nak tambah isi ikan pun boleh.Crab claws tuh ada dijual di pasaraya di bahagian beku. Jika ada crab claws yang dijual bersalut roti pun boleh digunakan juga.  Crab claws boleh direbus atau digoreng. Kalau suka lebih sihat, rebus atau kukus jer lah. Hidangan ini boleh disimpan dan anda boleh buat bekal ke pejabat untuk dinikmati waktu makan tengahari sebagai makanan sampingan sebelum anda makan nasi. Selamat mencuba!

Minestrone dengan chickpea

SEPERTI biasa semester baru telah bermula kerja sebagai pensyarah balik seperti biasalah. Warga kampus sudah mula sibuk maka dapur fakulti nih pun juga sibuk dengan kelas praktikal nya.  Ini adalah menu sup untuk kelas pertama praktikal. Saja jer tepek resipi nih kat sini supaya students dan anda yang terjah ke blog ini boleh mencuba menu ini.

Sup menestrone adalah sup sayur-sayuran dari Itali yang popular dan sering dinikmati ketika musim panas. Ia menggunakan stok, tomato dan sayur-sayuran. Resipi asli sup ini menggunakan haricot bean, sejenis kekacang tetapi saya menggantikannya dengan kacang kuda (chick pea) . Anda boleh merebus kacang kuda atau membelinya dalam tin di pasaraya.

Kerang goreng berlada

JIKA anda sudah biasa makan kerang rebus dan kerang bakar, cubalah pulak kerang goreng berlada nih. Menu nih saya buat masa di kampung, tapi sayanglah kerang  dia slim melim cam tak cukup vitamin hehe. Nih kerang tengah diet kot haha. Kalau nak best, kenalah beli kerang yang besar2 penumbuk, baru puas makan kan? ada ker kerang besar penumbuk? haha. Kalau buat kerang nih, sebaik-baiknya rendam dulu kerang nih dalam air supaya kerang ini mengeluarkan lumpur yang ada dalam cengkerangnya. Selepas itu cucilah cenkerang dia supaya bersih sikit supaya apabila setelah digoreng takdelah rasa lumpur.

 Bahan-bahan
600gm kerang
4 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 biiji lada merah
3 sudu sos cili thai
1 batang serai
1/2 inci halia-ketuk
1 pokok daun ketumbar-hiris
Garam secukup rasa

Cara membuat

  1. Tumbuk/kisar bawang merah, bawang putih, lada merah dan halia.
  2. Goreng kerang dan kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk dan serai. Kacau sehingga wangi.
  4. Masukkan bahan-bahan lain sos thai, daun ketumbar dan garam. Kacau rata.
  5. Tutup api dan angkat.

11 Januari 2011

Jem Nangka

MEMBUAT jem tidaklah sesusah mana pun. Jem nangka ini saya buat bila saya tengok buah nangka di kampung dah terlalu masak. Kalau nak makan tak berapa sedap pasal dah lembik. Dekat belakang rumah saya di kampung tuh ada pokok nangka.Bila berbuah itulah yang untungnya. Maklumlah kat kampung ada kebun, macam-macam pokok ada. 

Tapi entah macamana nangka tuh dah gugur selepas dia masak ranum. Tuh yang terlebih masak tuh. Oleh kerana tanak membazir so saya buatlah jam nangka.  Hanya gula  yang dijadikan sebagai bahan pengawet dalam jem ini maka ia boleh tahan selama lebih kurang 1 minggu lebih sahaja lah. Jika disimpan dalam peti sejuk, bolehlah tahan lebih lama. Anda boleh juga menggunakan buah lain seperti rambutan dan cempedak.

10 Januari 2011

Rahsia Kobis Merah

Ruangan artikel: Dari Dapur Azli Razali
Akhbar: Utusan Malaysia
Tarikh:7 Januari 2011 /Jumaat


ALHAMDULILLAH kita telah pun melangkah ke tahun Baru 2011. Saya rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca Utusan Malaysia yang setia.
Pada minggu ini Dari Dapur Azli Razali membuka tirai 2011 dengan artikel yang akan menceritakan tentang kelebihan kobis merah. Sebenarnya saya tertarik dengan kecantikan warnanya yang berwarna ungu dan merah ini.

09 Januari 2011

Roti dengan krim keju

MAHUKAN pencuci mulut yang paling senang di dunia nak buat? Selalu mengeluh kerana tak ada ketuhar dan pemukul kek di rumah untuk membuat pencuci mulut seperti kek? lupakan semua masalah itu! Kini tanpa semua itu anda mampu membuat pencuci mulut juga? hehe. Dah rasa macam menjual produk pelangsingan badan pulak dah haha. Ini bukan jualan mega ok, tapi ini saya nak mengajak anda yang takde kelengkapan seperti oven dan pemukul kek untuk membuat sejenis pencuci mulut yang paling senang kat dunia nih hehe.     

08 Januari 2011

Croissant ayam kobis merah

CROISSANT ayam kobis  merah ini dikategorikan sebagai sandwich.  Makanan orang Perancis nih telah saya fusionkan. Maksud dia saya telah menambah selera asia dalamnya. Kalau orang Perancis nak marah saya marah lah! aku tak peduli hehe. Bukan apa sesekali apasalahnya kita sesuaikan makanan barat dengan selera kita. kalau orang kita leh kahwin ngan mat saleh dan minah saleh, apa salahnya kita antarabangsakan citarasa tempatan betuitak? Hai duk membebel pasal kahwin2 plak teman nih. Nih nak habaq sat, sebenaqnya inti croissant nih teman gunakan filling yang teman masak untuk artikel Dari Dapur Azli Razali  di Utusan Malaysia tuh. Jadi adalah lebih makanan nih, tuh yang gunakan untuk buat croisant pulak!     

06 Januari 2011

Ayam masak kobis merah

KERANA terlalu excited nak berkongsi resipi dengan bloggers maka  saya ambil keputusan untuk postkan resipi ini. Resipi ini sebenarnya adalah resipi saya dalam artikel Dari Dapur Azli Razali di Utusan Malaysia keluaran akan datang nih. Resipi ini untuk artikel syaa tentang kelebihan kobis merah so kalau nak tau tentang cerita kobis merah belilah Utusan Malaysia setiap jumaat ok (heheh promote nampakkk???) hehe. 

05 Januari 2011

Salad ayam tropikal

Tropikal adalah iklim yang di alami oleh negara2 Asia Tenggara. Kita pasti sudah biasa menikmati buah2an  tropikal seperti durian, manggis, langsat dan rambutan. Untuk Salad ayam tropikali ni saya menggunakan mangga sebagai bahannya kerana buah mangga adalah salah satu buah tropikal. Membuat salad ini sangat mudah. Ayamnya perlu diperap dan digoreng dahulu. Saya campurkan pasta juga sebagai sumber karbohidrat. Salad ini menggunakan dressing  iaitu sos salad. Dressing yang saya gunakan ini saya beli jer kat pasaraya, senang tak payah susah2 nak buat. Salad ini berasa manis kerana menggunakan mangga masak. Jika anda tidak suka rasa manis dari mangga masak, anda boleh menggantikan dengan menggunakan mangga  muda. 

Cara Hilangkan pahit timun

Sumber gambar
Ha Petua dan tip DDAR kembali lagi! Ruangan tip kali ini saya nak kongsi macamana nak hilangkan pahit timun.  Sebenarnya timun banyak digunakan dalam juadah. Selain dimakan mentah sebagai ulam, timun juga dijadikan salad. Saya percaya ada segelintir dari anda pernah termakan timun pahit kan? macamana rasa timun pahit? masyukkk tak? haha. Ish saya sendiri pernah termakan timun pahit, juling kejap biji mata hehe. Ingat panadol, rupanya timun yang pahit hehe. Baiklah ini cara paling biasa orang buat apabila timun pahit. Senangje, kerat hujung timun atau buntut dia (alah terpaksa sebut ayat kurang sopan niih lah, lau tak, org tak paham hehe).

04 Januari 2011

Elak pisang muda jadi hitam


DARI Dapur Azli Razali nak bukak cawangan baru!. Cuba teka cawangan apa? Eh jangan salah faham! bukan cawangan isteri ok!! sebab saya belum ada mana2 cawangan lagi maklumlah masih bujang hahah (ceh buat iklan free plak! hehe). Sebenarnya kali ini Dari Dapur Azli Razali nak bukak SATU label baru iaitu Petua dan tip. Dalam label ini saya akan berkongsi petua2 dan tip2 yang boleh anda jadikan panduan. Dalam post lebel lain tuh kadang2 adagak petua yang saya   kongsikan. Tapi dalam label baru ini ia merangkumi semua benda termasuk

Petua diet untuk lelaki

Ada segelintir daripada kaum adam yang tidak tahu bagaimana untuk menjaga kesihatan diri. Ada yang tahu, tetapi kerana kekangan masa dan sebab2 lain makan mereka kurang mengambil peduli bagaimana  untuk menjaga   diet mereka. Maklumlah kadang2 tuh busy sokmo dengan kerja sampai tak sempat nak jaga diet dan lupa untuk bersenam! betul? Saya tidak menafikan yang kesedaran menjaga kesihatan di kalangan lelaki kini telah meningkat.  Apakata kita tengok beberapa tip menjaga diet dan kesihatan diri untuk kaum lelaki ajer. yang pompuan bolehlah jadikan panduan ini untuk dibebelkan kepada boyprend or husband or kaum keluarga yang bernama lelaki termasuk lah saya hehe.

  1. Kurangkan makan nasi dan makanan yang berlemak.
  2. Lakukan senaman ringan yang dapat mengeluarkan peluh selama 30 minit.
  3. Kurangkan hisap rokok kerana merokok boleh menigkatkan nafsu makan.
  4. Elak dari ambil minuman berais. Air air boleh membekukan lemak dalam badan dan ia akan menyukarkan proses pembakaran lemak setelah beku. Amalkan banyak minum air suam kerana ia dapat mencairkan lemak dan melancarkan peredaran darah. 
  5. Amalkan ulam dan makan banyak serat kerana serat dipercai penting untuk membaiki tisu-tisu wajah lelaki (so wajah akan kelihatan lebih tampan hehe). Serat juga dapat meningkatkan tenaga fizikal lelaki ( ha leh jadi cam Hercules! gagah perkasa hahaa)

02 Januari 2011

Ayam Penyet AR

RESIPI makanan ini adalah ala-ala ayam penyet. Ayam penyet sebenarnya mengambil nama daripada ayam yang diketuk sehingga penyek selepas digoreng. Menunya mesti dilengkapi dengan hidangan tauhu dan tempe yang menjadi kemestian dalam makanan ini. Jika tidak ada, maknanya menu ini kurang lengkap. Tauhu dan tempe dilumur dengan perapan ayam dan disalut dengan tepung jagung sebelum digoreng.
     Sambal goreng ini merupakan sambal favorite orang Indon. Saya pernah makan sambal nih semasa pergi vacation ke Bandung dan Jakarta. Ternyata begitu enak ya ibuk2 dan bapak2!. Sambalnya berbeda sama sambal belacan orang di Malaysia (lerr.. yang aku duk speaking Indon pehal plak hehe) kerna sambal Indon ini digoreng. Bila digoreng aromanya lagi menyelinap ke celah hidung dan anak tekak! Dekat sini kalau sambal goreng yang power ini biasa terdapat di restoran ayam penyet.     Tip membuat sambal adalah sebaik-baiknya ditumbuk dengan lesung supaya teksturnya tidak terlalu hancur.

01 Januari 2011

Kek pandan kastard kaya

    ALHAMDULILLAH kita sudah masuk ke tahun baru 2011 dan syukur kerana kita masih dipanjangkan umur olehNYA. Semoga tahun ini akan membawa satu tarnformasi yang lebih baik untuk kita capai. aminn! cewah dah macam pakar motivasi pulak aku hari ini haha. Sebenarnya bukan apa, oleh kerana hari ini hari pertama tahun baru dan ini jugalah pos pertama untuk tahun baru dari saya jadi kenalah excited sikit betul tak?.       Apakata kali ini u all cuba resipi Kek pandan  kastard kaya. Kek ini mudah jer dibuat sebab dia guna kek lapis pandan dan dilapiskan bersama custard pandan yang telah dimasak. kemudian sejuk terus makan. sebenarnya kek ini telah saya olah daripada kek span biasa yang saya dapat dari Resipi Hajah Noraini di blognya, saya telah menambah  pewarna hijau  dan perasa pandan didalamnya supaya sesuai dengan lapisan custardnya yang akan saya guna. Undang2 membuat kek span ini adalah yang paling penting sebab kalau tidak dipukul dengan betul kek anda tidak akan naik dengan gebu.