30 Oktober 2010

MOKTEL sehati sejiwa

Moktel nih sangatlah mudah nak dibuat. Bahan-bahan dia sungguhlah senang nak cari. Hari tuh saya try  4 moktel sekali gus so ini adalah antara satunya cubalah. Insyallah boleh hilangkan dahaga anda!


Bahan-bahan
1 cawan aiskrim soda
1 ½ cawan jus jambu batu
1 cawan jus epal
1/4 cawan air bikarbonat perisa halia (ginger ale)
Ais yang mencukupi

Cara-cara penyediaan
  • Campurkan semua bahan kecuali  ais.
  • Jika ingin dihidang, letakkan ais.

29 Oktober 2010

Coktail dan mocktail

ARTIKEL Dari Dapur Azli Razali di Utusan malaysia pada minggu ini saya ceritakan tentang air moktel. Kali ini saya tidak  menyentuh subjek makanan, mungkin pelik tetapi benar! hehe. Ramai yang confirm setuju jika saya kata...  selera kita akan lagi bertambah  jika kita minum air yang special semasa kita makan. Betul tak? yelah makanan dahlah best giler! tambah pulak dengan air yang canggih manggih macam air koktel nih.

Moktel Sentuhan Rasa


Ruangan Dari Dapur Azli Razali Utusan Malaysia hari ini saya berkongsi satu resepi minuman campuran yang dikenali sebagai koktel Sentuhan Rasa. Dalam ruangan yang sama   juga, saya telah menulis artikel tentang moktel. Sila klik disini untuk gambar dan membaca artikel yang penuh. Selamat mencuba resepi moktel pada minggu ini. Semoga minuman campuran ini dapat membasahkan tekak dan menghilangkan dahaga anda! Selamat meneguk!

24 Oktober 2010

Puteri Mandi

Sudah tertawan dengan warnanya yang terang dan menawan? Secara amnya terdapat dua jenis kuih puteri mandi nih, satu yang berwarna-warni dan satu lagi cuma satu  warna aja.

22 Oktober 2010

Artikel asam pedas melaka

Artikel di bawah ini saya petik dari artikel tulisan saya untuk ruangan Dari Dapur Azli, Sisipan Mode, Utusan Malaysia, Jumaat, 22 Oktober 2010. Selamat membaca dan saya harap anda mendapat  info dan tip berguna bagaimana untuk memasak asam pedas yang enak dan menyelerakan! Dalam artikel ini juga ada disertakan resipi Daging Masak Asam pedas. Klik di sini untuk resipinya,  jadi cuba lah membuatnya.
ARTIKEL: Asam Pedas Melaka
RUANGAN: Dari Dapur Azli Razali (Utusan Malaysia)
TARIKH: 22 OKTOBER 2010

JIKA artikel Dari Dapur Azli Razali sebelum ini ada menceritakan tentang masakan tradisional Negeri Sembilan, apa kata minggu ini kita bercakap tentang masakan tradisi negeri Melaka pula.
Tidak perlu saya kenalkan masakan tradisi negeri bersejarah itu lagi kerana saya pasti

Daging Masak Asam Pedas


RESIPI di dalam artikel Asam Pedas Malaka  Dari Dapur Azli Razali hari ini 22 Oktober 2010 (seperti di atas),  adalah  Daging Masak Asam Pedas Melaka. Jadi, di sini saya  kongsikan resipinya  dan saya harap anda semua dapat mencuba resipi makanan Negeri Melaka yang menyelerakan ini. Jika anda ingin menggantikan daging ini dengan benda lain boleh juga! so gantilah dengan ikan. Kalau gunakan ikan parang lagi best! yummy! Memang tak pandang belakang dah masa tuh hehe...Ok selamat mencuba!

20 Oktober 2010

Segalanya tentang cendawan

INi adalah artikel saya yang bertajuk Segalanya Tentang Cendawan diterbitkan di dalam sisipan mode Utusan Malaysia Jumaat 8 Oktober 2010. Anda boleh membaca artikel asli  di dalam entri post ini. Walau bagaimanapun anda juga dapat membaca artikel yang telah diedit disini. sementara itu bagi mereka yang inginkan resepi untuk  artikel pada keluaran 8 Oktober boleh lah dapatkannya disini.

Artikel: Segalanya tentang cendawan
Ruangan: Dari Dapur Azli Razali
Tarikh:8 Oktober 2010

Salam satu Malaysia kepada semua pembaca Utusan. Hari ini saya ingin bercerita tentang cendawan kerana melalui pengamatan saya cendawan yang merupakan salah satu hasil asas tani kini sungguh besar potensinya dalam industri makanan dan kesihatan.  Kebiasaannya

Bruschetta cendawan

Resepi Bruschetta adalah menu untuk artikel Segalanya Tentang Cendawan Utusan Malaysia Jumaat 8 Oktober 2010. Sebenarnya bruscheta ini adalah sejenis pembuka selera iaitu appetizer yang berasal dari negara Itali. Ia bolehlah dianggap sebagai mini pizza tetapi menggunakan roti perancis. Banyak sekali topping yang boleh anda buat untuk menyediakan brischetta tetapi pada minggu ini saya menggunakan topping cendawan, keju dan sos bagi memenuhi keperluan artikel, jadi selamat mencuba ok. Sila klik disini untuk membaca artikel ini ok ya! selamat mencuba!
Bahan-bahan
5 keping roti Perancis
3 sudu sos pasta-perasa tomato (boleh dibeli dipasaraya)
3 sudu lada benggala yang didadu kecil
5 ketul cendawan butang dalam tin-dihiris
5 helai daun basil
2 sudu parutan keju chedar/mozarella

18 Oktober 2010

Wantan Dumpling

Dumpling merupakan makanan berbentuk kecil2 seakan bebola (. Saiznya dibentuk kecil2 supaya senang dimakan. Doh yang selalu digunakan adalah beasaskan tepung. Ianya mengandungi inti yang pelbagai jenis. Selalunya ia akan dikukus, digoreng atau direbus untuk dijadikan sup. Mungkin anda pernah menikmati dim sum. Dim sum merupakan makanan cina yang sangat terkenal dan merupakan makanan yang mesti pada hari kebesaran dan perayaan masyarakat cina dan ia dimasak didalam pengukus buluh dan terus disajikan di atas meja selepas ia dimasak. Uniknya pengukus ini saiznya kecil dan bukanlah pengukus yang besar seperti yang anda bayangkan. Ia terdiri daripada pelbagai jenis termasuk pau dan wantan dengan pelbagai jenis inti (mengikut selera masing-masing) dan  kali ini saya akan berkongsi resepi wantan yang telah diubah suai sedikit. Resepi ini  mencampurkan semua-bahan-bahannya untuk dijadikan inti yang akan diletakkan dalam kulit wantan nanti. Kemudian anda boleh menggoreng atau mengukus wantan ini, ikutlah kesukaan anda yer!. Tetapi yang pasti kukus itu lebih sihat selamat mencuba!

15 Oktober 2010

Jom buat brownies

Ini adalah artikel saya dalam ruangan Dari Dapur Azli Razali di Utusan pada hari ni 15 Oktober 2010. Harap anda akan mendapat serba sedikit panduan bagaimana hendak membuat brownies. Sila klik di SINI untuk membaca artikel itu. Resepi saya kongsikan ini merupakan resepi asli untuk membuat brownies. Mungkin anda ada koleksi resepi brownies yang dibuat dengan cara memukul mentega dan gula bukan? tetapi dengan

12 Oktober 2010

kek coklat bakar dan kukus Liza

Kek coklat bakar ker kek coklat kukus? kek coklat kukus ker kek coklat bakar?pening nak pilih mana satu nih! Ha korang suka mana satu?. jangan tamak yer? pilih satu jer hehe. Oklah setelah sekian lama tak update blog nih so rasanya kali nih mcm ada masa dan idea plak teman nak tulis dan kongsikan resepi kek coklat bakar dan kek coklat kukus. Saya dapat resepi  nih selepas makan kek coklat   teman sekerja, si Liza namanya tuannya. Nama teman chek nih sebijik dengan nama selebriti Chef Liza tuh! kalau korang nak