Pages

01 April 2010

Tart Coklat

Terdapat banyak tart yang boleh kita beli dan dibuat ya! Ada yang bertanya pada saya, chef apa beza tart dan pai chef! oh sonang ajo jawapan nyo. Pai diatasnya mesti ditutup sebahagian atau ditutup penuh dengan doh tetapi tart terbuka!. Tart yang akan saya kongsi ini memang istimewa kerana kulit pai nya saya gunakan asas puff pastri.

Puff pastri agak rapuh dan ringan apabila sudah masak. Mungkin ada tertanya2 macam mana pulak nak membuat puff pastri sedangkan ia sangat leceh untuk dibuat. Jeng jeng jeng!, jangan risau ia boleh dibeli di pasaraya atau di kedai bahan2 pastri . Kalau di pasaraya tuh puff pastri ada dijual ditempat frozen ok! Untuk resepi kali ini memang saya menggunakan puff pastry yang segera. Sebab mempercepatkan kerje saya. Kalau yang dijual tuh sudah siap dicanai nipis2 lagi! memang mudah keje so u all hanya perlu lapik terus ke dalam acuan tart. Bukankan ia begitu mudah.
Apabila sudah dibakar, puff pastry akan naik dengan begitu mendadak dan apa yang perlu anda buat adalah cuma tekan bahagian tengahnya agar ada ruang untuk menuang isian coklat nanti. Untuk isiannya saya menggunakan coklat dan ia memang marvelous maklum lah coklattt kan. Dan resepi ini saya olah menggunakan gelatin dan apabila didinginkan ia akan mengeras. jadi apabila makan anda akan dapat rasakan kerangupan dari puff pastri dan kelembutan dari isian coklat. Rapuh di luar cair di mulut ahak! yummylah!


Bahan-bahan


Kulit tart
2 bungkus puff pastry segera-boleh dibeli di pasaraya
Isian coklat
350gm coklat
250gm krim keju
1 1/2 cawan krim putar
1 1/2 cawan susu segar
250gm keju krim
2 sudu serbuk gelatin
1/4 cawan air mendidih



Cara-cara penyediaan
  1. Lapikkan acuan tart dengan puff pastry.Bakar dalam oven dalam 15 minit atau sehingga masak keperangan.
  2. Keluarkan dari oven dan tekan permukaan tengah puff pastry yang telah masak agar ada ruang untuk mengisi isian coklat nanti.
  3. Untuk isian coklat, cairkan coklat atas air yang mendidih.
  4. Campurkan gelatin dengan air mendidih dan kacau sehingga gelatin melarut.
  5. Kemudian pukul krim keju sehingga lembut.
  6. Masukkan coklat dan kacau sebati .
  7. Campurkan krim, susu dan gelatin. Kemudian tuang isian dalam bekas puff pastry tadi.
  8. Bekukan dalam peti ais sehingga isian mengeras. Sedia dinikmati.

2 comments:

niknurizzati berkata...

nampak sedap!! lepas ni bleh try wat tok raya!! yeayy!!

Tanpa Nama berkata...

kulit pastri tu nak kena letak selapis atau kita potong dan letak byk lapis